Thursday, October 30, 2014

>> 6 JENIS REKOD ASAS BISNES ANDA WAJIB SIMPAN <<

1) REKOD JUALAN
Rekod jualan ini termasuklah berapa jumlah unit terjual, berapa RM jualan serta berapa RM untung.
Rekod perlu dibuat secara harian, bulanan & tahunan. Nanti boleh digunakan utk tengok prestasi bisnes.

2) REKOD INVENTORI KELUAR/MASUK
Setiap unit produk yang masuk & keluar perlu dicatatkan. Gagal merekod aktviti keluar/masuk stok bakal membawa
kerugian.
Bukan sahaja kerugian kerana stok hilang, tetapi kerugian akibat hilang pelanggan kerana stok habis & tak sempat restok!
Paling asas, catatkan unit masuk, unit keluar, tarikh & person incharge.

3) REKOD CASHFLOW
Akaun bank untuk bisnes wajib diasingkan dengan akaun bank peribadi.
Catatkan segala aktiviti duit masuk & duit keluar untuk akaun perniagaan. Sebolehnya setiap sen.
Pastikan resit pembelian disimpan rapi. Nanti berguna untuk claim income tax.


4) REKOD DATA PELANGGAN
Haa..rekod ini tak kurang pentingnya. Tetapi raaaaamai usahawan pandang remeh database pelanggan!
Paling asas, anda perlu ada 4 elemen 'N.A.M.E' : Nama, Alamat, Mobile (No Tel), Email pelanggan.
Ada 4 elemen ini dah cukup untuk tanya khabar, follow up, upsell/cross sell, wish birthday, pos kad dan sebagainya.

5) REKOD FOLLOW UP
Rekod follow up ini memastikan anda 'keep track' pelanggan & tidak membuat pelanggan meluat akibat promosi yang sama.
Contoh rekod follow up yang saya gunakan: Bila follow up, Tujuan follow up, Follow up kali ke berapa, Feedback, Upsell/ Cros sell.

6) REKOD PEMBELIAN
Sepatutnya anda boleh tahu siapa pembeli setia melalui rekod pembelian pelanggan.
Dari rekod ini anda boleh pecahkan pelanggan kepada pembeli pertama kali, pembeli berulang, pembeli setia, pembeli premium.
Beri diskaun kepada pembeli pertama kali supaya beli lagi, layan baik punya pelanggan setia & premium. Bisnes anda pasti BOOM!:)

Tuesday, March 25, 2014

6 JENIS REKOD ASAS BISNES

>> 6 JENIS REKOD ASAS BISNES ANDA WAJIB SIMPAN <<

1) REKOD JUALAN
Rekod jualan ini termasuklah berapa jumlah unit terjual, berapa RM jualan serta berapa RM untung.
Rekod perlu dibuat secara harian, bulanan & tahunan. Nanti boleh digunakan utk tengok prestasi bisnes.

2) REKOD INVENTORI KELUAR/MASUK
Setiap unit produk yang masuk & keluar perlu dicatatkan. Gagal merekod aktviti keluar/masuk stok bakal membawa
kerugian. 
Bukan sahaja kerugian kerana stok hilang, tetapi kerugian akibat hilang pelanggan kerana stok habis & tak sempat restok!
Paling asas, catatkan unit masuk, unit keluar, tarikh & person incharge.


3) REKOD CASHFLOW
Akaun bank untuk bisnes wajib diasingkan dengan akaun bank peribadi.
Catatkan segala aktiviti duit masuk & duit keluar untuk akaun perniagaan. Sebolehnya setiap sen.
Pastikan resit pembelian disimpan rapi. Nanti berguna untuk claim income tax.

4) REKOD DATA PELANGGAN
Haa..rekod ini tak kurang pentingnya. Tetapi raaaaamai usahawan pandang remeh database pelanggan!
Paling asas, anda perlu ada 4 elemen 'N.A.M.E' : Nama, Alamat, Mobile (No Tel), Email pelanggan.
Ada 4 elemen ini dah cukup untuk tanya khabar, follow up, upsell/cross sell, wish birthday, pos kad dan sebagainya. 


5) REKOD FOLLOW UP
Rekod follow up ini memastikan anda 'keep track' pelanggan & tidak membuat pelanggan meluat akibat promosi yang sama.
Contoh rekod follow up yang saya gunakan: Bila follow up, Tujuan follow up, Follow up kali ke berapa, Feedback, Upsell/ Cros sell.

6) REKOD PEMBELIAN
Sepatutnya anda boleh tahu siapa pembeli setia melalui rekod pembelian pelanggan.
Dari rekod ini anda boleh pecahkan pelanggan kepada pembeli pertama kali, pembeli berulang, pembeli setia, pembeli premium.
Beri diskaun kepada pembeli pertama kali supaya beli lagi, layan baik punya pelanggan setia & premium. 

Bisnes anda pasti BOOM!

Tuesday, February 25, 2014

Rancangan Perniagaan






RANCANGAN PEMASARAN

 
Rancangan pemasaran dibuat bagi mengelakkan daripada risiko buruk terhadap perniagaan. Risiko boleh dikurangkan dengan adanya maklumat tentang harga dan kuantiti yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak boleh disandarkan sepenuhnya memandangkan perubahan harga yang tidak menentu tertutama barangan segar dan yang mudah rosak banyak berkait rapat dengan quantiti dan lambakan barangan tersebut di pasaran pada satu-satu masa. Namun, dengan ada maklumat ini adalah lebih baik dari tiada langsung maklumat yang boleh dirujuk. 
Maklumat mengenai trend harga yang lalu boleh membantu meminimumkan risiko. Ia amat membantu dalam beberapa perkara seperti membuat keputusan tempat penyimpanan barangan sebelum dijual di pasaran atau membuat keputusan untuk bertanam tanaman alternatif yang sesuai.
Antara perancangan yang perlu dibuat untuk pemasaran adalah:
  • Menentukan tempat jualan
    Menentukan tempat jualan adalah penting bagi petani. Tempat jualan haruslah sesuai dan mudah dikunjungi oleh ramai bakal pelanggan. Dalam beberapa situasi tertentu pekebun ada beberapa pilihan. Mereka boleh:

    "Menjual di tepi kebun;
    "Menghantar ke pasar;
    "Bekalkan kepada pemborong secara terus;
    "Menjual secara terus kepada peruncit atau syarikat besar yang menpunyai banyak kedai runcit atau pasaraya;
    "Menjual kepada syarikat yang mempunyai perjanjian atau kontrak untuk membeli tanaman;
    "Menjual secara terus kepada pengguna di pekan/bandar.

    Lebih jauh rantaian pasaran yang dilalui oleh petani, lebih tinggilah harga yang akan ditawarkan oleh pasaran kepada petani. Walau bagaimanapun, harga jualan yang lebih tinggi tidak bermakna petani dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini bergantung pula kepada kos yang terlibat dalam pengurusan jualan kepada pengguna akhir atau pelanggan. Sebagai contoh, kos boleh meningkat dari kebiasaan jika jenis pengangkutan yang sesuai tidak dipadankan dengan jumlah kuantiti yang kecil untuk perjalanan yang jauh berbanding hasil yang sama di jual terus kepada orang tengah.
  • Perbandingan harga diterima
    Dengan adanya maklumat harga yang tepat, pekebun boleh membezakan harga jualan mereka dengan harga di pasaran. Oleh itu, para petani berpeluang membuat perbandingan harga terhadap harga-harga yang ditawarkan dari atau kepada orang tengah. Ini bermaksud, para petani mempunyai kuasa penentu dalam memilih orang tengah yang sesuai yang menawarkan harga yang lebih baik dan kompetetif berbanding harga semasa di pasaran. Maka, dengan itu, perundingan yang lebih tegas dapat dilaksanakan seterusnya dapat memperbaiki kualiti dan kuntiti hasil pengeluaran mereka. Hebahan harga semasa ini juga boleh dimanfaatkan para petani sebagai titik permulaan dalam perbincang dengan orang tengah.

    Perbandingan harga adalah penting kepada petani yang menghantar produk mereka kepada agen atau pembekal di pasar borong. Petani yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang harga pasaran hanya akan menerima secara bulat-bulat tentang harga suatu produk dari agen yang menawarkan untuk membeli produk tersebut dengan harga yang tertentu.

    Urusniaga ini memerlukan petani percaya kepada agen untuk memperolehi harga yang terbaik. Walau bagaimanapun petani masih boleh membezakan harga yang diterima dengan harga pasaran dengan pemerhatian yang dibuat sendiri.
  • Menentukan untuk dijual atau disimpan
    Petani yang mempunyai produk tanaman yang mudah rosak biasanya mempunyai ruang yang kecil atau singkat untuk memasarkan hasil mereka. Keputusan harus dibuat samada mereka mungkin boleh mempercepat atau memperlambatkan hasil tuaian mereka dalam beberapa hari. Namun, kebiasaannya mereka tetap harus menjual hasil tanaman apabila telah capai tempoh matang suatu tanaman tersebut. Petani yang menghasilkan tanaman bijirin seperti jagung dan padi, atau tanaman seperti bawang dan ubi mempunyai pilihan yang lebih baik dalam memasarkan hasil tanaman mereka. Mereka boleh menyimpannya sehingga tahap harga yang lebih tinggi atau sesuai di pasaran dengan menyimpan hasil tersebut di tempat penyimpanan yang sesuai.

    Perkhidmatan maklumat pasaran oleh FAMA mengandungi data tentang trend harga bermusim. Dengan ini, petani boleh memperolehi idea tentang bentuk atau trend harga bermusim. Sekiranya harga tuaian tidak akan meningkat sepanjang tahun maka penyimpanan mungkin tidak menguntungkan
  • Menentukan sama ada menanam "produk luar musim"
    Petani mempunyai banyak manfaat jika mempunyai data lalu tentang harga pasaran pada musim-musim tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk. Pada masa yang lepas, kebanyakan petani menghadapi masalah apabila masa tuaian mereka sama dengan petani lain. Hasilnya mereka mendapat harga yang rendah kerana lambakan produk yang sama di pasaran. Walaubagaimanapun, dengan teknik moden dan pelbagai pilihan yang ada memungkinkan tuaian dilambatkan dan corak pengeluaran dapat ditentukan. Data harga pada musim-musim tertentu memberikan maklumat tentang harga yang dikehendaki oleh petani daripada penghasilan suatu produk luar musim.

    Walaupun begitu, kenyataan bahawa petani akan mendapat harga jualan yang tinggi tidak bermaksud mereka perlu segera merancang untuk penghasilan luar musim. Jika perkara tersebut sebegitu mudah, semua petani akan melakukan perkara yang sama. Secara amnya penghasilan luar musim melibatkan pelaburan yang tinggi (contoh, saluran plastik); kos pengeluaran yang tinggi (contoh, racun kawalan perosak) dan menyebabkan penghasilan yang rendah. Oleh itu, pekerja sokongan diperlukan untuk membantu petani untuk mengira kos penghasilan bagi menentukan unjuran jangkaan harga jualan
  • Menentukan sama ada menanam tanaman yang berbeza
    Jika tanaman baru boleh meningkatkan hasil pendapatan, petani perlu cenderung untuk cuba menghasilkannya. Petani harus dibantu untuk mengira sama ada pelaburan untuk menanam tanaman baru mampu menghasilkan keuntungan atau sebaliknya. Maklumat pada harga pasaran yang lalu perlu untuk mereka membuat keputusan.

    Sebenarnya, petani harus mempertimbangkan untuk mempelbagaikan tanaman baru jika peluang terbuka luas di pasaran tertentu.
 

Sunday, February 23, 2014

untuk renunagan bersama

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.
Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”
INGAT! Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’

Sunday, February 16, 2014

TEMA BARU BINA USAHAWAN



MISI

MELAHIRKAN GENERASI USAHAWAN BERILMU DAN BERWAWASAN YANG DILENGKAPI DENGAN TEKNOLOGI TERKINI DALAM PASARAN DOMESTIK DAN MENJADI USAHAWAN YANG BERDAYA SAING DI PASARAN GLOBAL

Thursday, February 13, 2014

binauc.com/perniagaan dobi

Sebelum Anda Mulakan Bisnes Dobi, Sila Baca Ini Dulu

dobi-perniagaan
Membuka perniagaan dobi dilihat sebagai trend bagi kebanyakan usahawan. Banyak pusat dobi dibuka, dan telah menjadi satu pemandangan yang biasa apabila dalam satu kawasan perumahan terdapat lebih daripada satu kedai dobi. Usahawan menganggap bisnes dobi sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dijalankan, memberi keuntungan yang tinggi, memerlukan kos permulaan dan kos operasi yang rendah dan usahawan tidak memerlukan kemahiran atau kepakaran dalam mengawal operasi perniagaan.
Beberapa pengalaman rakan yang boleh dikongsi dan dijadikan panduan dalam memulakan perniagaan kedai dobi. Ada rakan yang sememangnya bersemangat untuk memulakan perniagaan dan tanpa pendedahan yang secukupnya telah membeli kedai dobi 2nd hand daripada pengusaha yang lain, tanpa melakukan sebarang kajian mengapa pengusaha yang terdahulu mahu menutup kedainya. Saban bulan perniagaannya tidak menunjukkan tanda-tanda keuntungan dan akhirnya rakan tadi terpaksa akur untuk menutup kedainya pula. Ada juga rakan yang sebelum ini kerja makan gaji, berhenti kerja semata-mata kerana tertarik dengan perniagaan dobi dan keuntungan yang diwar-warkan. Dia tidak fikir panjang tentang betapa renyahnya perniagaan dobi ini. Saban hari dia terpaksa melakukan kerja yang rutin dan agak menjemukan. Memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh dan dryer, melipat atau menggosok pakaian. Tanpa minat yang berpanjangan, rakan yang sudah muak dengan rutin harian itu, akhirnya menjual perniagaan dobi kepada pengusaha dobi yang lain.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan dobi. Sekiranya anda mempunyai pilihan, maka anda boleh memilih jenis perniagaan sama ada perniagaan sendiri ataupun francais, bergantung kepada keupayaan modal masing-masing. Sekiranya memilih untuk membeli perniagaan dobi daripada pengusaha yang sedia ada, kaji dahulu mengapa pengusaha itu ingin menjual perniagaannya. Alasan yang seringkali diberikan adalah untuk mengikuti suami/isteri yang terpaksa berpindah kerja ke tempat lain, namun sebenarnya hanyalah untuk menutup kerugian yang diterima saban hari oleh pengusaha berkenaan. Kaji juga mesin-mesin yang terdapat dalam premis dobi tersebut, lihat kondisi mesin tersebut dan lakukan pengiraan susut nilai. Pastikan harga yang ditawarkan berbaloi dengan keadaan premis dan mesin-mesin yang ada.
Dalam aspek bantuan kursus dan dana kewangan pula, terdapat beberapa pilihan, antaranya seperti MARA, Tekun, SME Bank, PUNB dan sebagainya. Ada juga syarikat persendirian yang menawarkan kursus untuk pengusaha dobi, namun anda perlulah melakukan sedikit sebanyak kajian tentang kursus yang ditawarkan. Ada kursus yang memerlukan yuran yang mahal, namun apa yang diterangkan hanyalah asas untuk memulakan perniagaan. Dan kebiasaannya, pada sebelah petangnya masa peserta kursus akan ‘diisi’ dengan lawatan ke kedai-kedai dobi untuk melihat secara praktikal cara pengendalian kedai dobi.
Pemilihan lokasi yang strategik dilihat sebagai salah satu faktor penting menentukan sama ada perniagaan dobi tadi akan mendapat sambutan ramai atau tidak. Kebiasaannya usahawan dobi akan memilih kawasan perumahan ataupun kawasan yang terdapat ramai pelajar menetap, seperti di sekitar kawasan universiti ataupun kolej. Pengusaha juga perlu memastikan premis dobi mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan mereka. Ada premis yang terletak dalam kawasan bangunan pejabat akan mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta, memaksa pelanggan mereka berjalan jauh membawa toto dan pakaian yang perlu dibasuh. Pernah juga saya terlihat premis kedai dobi yang terletak di tingkat 2, kawasan flat kos murah. Namun tidak sampai setahun, premis dobi tersebut ditutup kerana kesukaran menarik pelanggan. Selain itu, satu senario yang biasa juga, melihat kedai dobi berkongsi premis dengan kedai gadget telefon atau kedai tukang jahit bagi menjimatkan kos sewa.
Pembelian mesin dan peralatan juga dianggap penting untung memastikan untung yang maksimum. Untuk mendapatkan harga yang terbaik, lebih baik dibeli terus daripada pengedar utama. Elakkan daripada membeli daripada ejen atau orang tengah yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Mesin basuh yang digunakan perlulah direka untuk kegunaan industri dan tahan lasak. Namun begitu, selain mesin basuh industri ini, ada juga pengusaha yang membeli 1-2 mesin basuh seperti yang digunakan di rumah, untuk pakaian pelanggan yang dalam kuantiti yang sedikit, seterusnya menjimatkan penggunaan elektrik dan air. Bagi pengusaha yang mempunyai modal yang lebih, boleh lah membeli mesin cucian kering, namun begitu bagi mereka yang tidak mampu, mereka boleh mengambil pakaian tadi lalu menghantar ke kedai dobi lain yang menawarkan khidmat cucian kering. Pengusaha juga harus melakukan sedikit kajian sebelum melakukan penetapan harga. Pastikan harga yang diberi, mengikut tahap perkhidmatan dan berdaya saing dengan pengusaha dobi yang lain.
Pengusaha dobi itu juga perlu bijak dan kreatif agar perniagaannya sentiasa maju dan berkembang. Mereka juga perlu sering mengutamakanmutu perkhidmatan yang diberikan. Baju yang dibasuh mestilah wangi, digosok dengan licin dan jangan lah sehingga nampak ‘double line’. Ramai juga antara usahawan yang tidak hanya menunggu di kedai-kedai dobi mereka, tetapi pada masa yang sama melakukan khidmat penghantaran dan pengambilan pakaian dari rumah ke rumah. Ada juga yang mengadakan promosi dengan potongan harga untuk pelanggan tetap. Bagi pengusaha yang lebih berkeyakinan, bolehlah cuba mendapatkan tender-tender daripada pihak kerajaan, hotel-hotel, kilang ataupun syarikat swasta.

binauc.com/seminar pemasaran dan penjenamaan

seminar pemasaran dan penjenamaan perniagaan











binauc.com/Tips pemasaran facebook

10 Tips Pemasaran Dengan Facebook untuk Bisnes Skala Kecil.


facebook_wang
Berikut adalah 10 cara promosi perniagaan melalui Facebook untuk perniagaan kecil untuk memaksimumkan perniagaan anda dengan kerja yang minimum.:
Tetapkan tujuan yang realistik
Jangan berharap untuk mendapatkan ribuan ”LIKE” dalam bulan pertama Anda, tetapi berfikirlah dengan realistik dengan mulakan dari yang kecil untuk mendapat angka yang lebih besar.
Luangkan sedikit waktu anda
Cuba untuk membahagikan waktu anda, paling 1 satu jam sehari untuk update posting Facebook tentang perniagaan anda dan berkomunikasi terus dengan pelanggan.
Pelajari sebanyak yang boleh
Ambil catatan berdasarkan pengalaman anda dengan Facebook. Buat catatan tentang hal-hal yang anda tidak mengerti. Anda juga boleh mencari banyak informasi di Google, Yahoo atau Bing atau boleh juga bertanya pada yang pakar dalam Facebook marketing.
Mulakan iklan dengan modal kecil
Anda boleh mula membuat iklan Facebook ads untuk melihat seperti apa hasilnya dengan kos iklan yang dikeluarkan samada efektif atau tidak. Kaji kedudukan demografi dan kata-kata kunci (keyword) untuk menghasilkanReturn of Investment (ROI) yang bagus.
Buat halaman Fanpage
Buatlah halaman Fanpage untuk perniagaan anda. Setelah anda buat Fanpage, undanglah semua teman-teman anda agar menjadi FANS pertama untuk halaman Facebook anda.
Status dengan yang terkini
Update status Fanpage anda dengan status terkini yang boleh mendorong teman anda untuk terlibat aktif dengan halaman perniagaan anda. Hal ini akan membuat status Fanpage anda banyak memperolehi LIKE.
Sapa FANS anda
Kirim ucapan terima kasih tepat setelah seseorang mengklik “LIKE” pada halaman anda, Perhatikan baik-baik apa yang dilontarkan atau yang disarankan oleh FANS laman Facebook perniagaan anda, dari sana anda akan membuat fanspage lebih aktif dan berkembang.
Jangan spam
Ramai yang telah cukup geram menerima spam di email atau Inbox mereka, dan pastinya akan sangat terganggu jika anda terikut-ikut mengirimkan pesanan terus ke inbox/email mereka. Jika anda sesuatu yang ingin disampaikan, cukup tuliskan di STATUS FACEBOOK anda.
Promosi kupon diskaun
Berikanlah kupon diskaun untuk menarik peminat pembeli anda, agar mereka berminat untuk membelinya/berlanggan dengan anda. Lakukan secara berkala agar pelanggan yang sudah ada tetap setia dengan anda.
Tawarkan membership
Tawarkan membership atau keanggotaan dengan berbagai macam tawaran menarik jika menjadi anggota atau berlanggan dengan perniagaan anda.

semoga info ini bermanfaat untuk para usahawan




BINA USAHAWAN CONSULTANCY
Adalah sebuah syarikat swasta yang menganjurkan kursus-kursus keusahawanan seperti :

  • KURSUS PERANCANGAN PERNIAGAAN
  • KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN
  • KURSUS PEMASARAN PERNIAGAAN
  • KURSUS PENYEDIAAN KERTAS KERJA

PESERTA BINA USAHAWAN TERDIRI DARI PADA 3 GOLONGAN

v  BAKAL USAHAWAN
v  USAHAWAN SEDIA ADA
v  LEPASAN GRADUAN

SETIAP PESERTA YANG BERDAFTAR AKAN MELALUI 3 FASA KEARAH PEMBENTUKAN USAHAWAN BERILMU DAN CEMERLANG

FASA 1 – PENGENALAN ASAS DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

Setiap peserta akan diberi pendedahan mengenai keperluan asas dalam bidang Perniagaan,Terutama dari aspek persediaan sebelum memulakan perniagaan Atau untuk memperkembangkan perniagaan

PENEKANAN ASPEK PERANCANGAN PERNIAGAAN

v  KAJIAN JENIS PERNIAGAAN YANG SESUAI
v  KAJIAN LOKASI PERNIAGAAN YANG SESUAI DAN STRATEGIK
v  KAJIAN PESAING
v  KAJIAN PESARAN-GOLONGAN SASARAN PERNIAGAAN
v  KAJIAN STRATEGI PEMASARAN
v  KAJIAN ASPEK KEWANGAN YANG DIPERLUKAN  UNTUK PERNIAGAAN YANG DI JALANKAN.

FASA 2 – SEMINAR KEUSAHAWANAN “PROGRAM REALITI USAHAWAN“

Setiap peserta akan diberi pendedahan dan bimbingan bengkel/seminar keseluruhan bidang Keusahawan termasuk persediaan dari segi Mentel dan Fizikal bagi menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan.

FASA 3 – BIMBINGAN SECARA BERTERUSAN

Setiap peserta akan diberi bembingan oleh BINA USAHAWAN CONSULTANCY,bagi memastikan Usahawan berada dilandasan yang betul kearah usahawan yang cemerlang.

TUJUAN / MOTIF

MEMBANGUN USAHAWAN BERILMU DAN BERWAWASAN SEJAJAR DENGAN SARANAN KERAJAAN MEWUJUDKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA.

OBJEKTIF

MENJAYAKAN SARANAN KERAJAAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN DAN MEMBANTU RAKYAT UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020

MISI

MELAHIRKAN GENERASI USAHAWAN BERILMU DAN BERWAWASAN YANG DILENGKAPI DENGAN TEKNOLOGI TERKINI DALAM PASARAN DOMESTIK MENJADI USAHAWAN YANG BERDAYA SAING DI PASARAN GLOBAL



BINA USHAWAN CONSUTANCY
Pusat Perniagaan Worldwide,
No 8c,Tingkat 3 Blok 2,Jalan Tinju 13/50,Seksyen 13,
Shah Alam Selangor Darul Ehsan
TEL : 03-55111477  FAX : 03- 55111377
EMAIL : www.binauc@gmail.com  website : www.binauc.com  fb  https://facebook.com/bina.uc